Panduan Hidup Berpasangan !



BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM :)


Allah menjadikan setiap sesuatu di dunia ni berpasang-pasangan supaya ia saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan tidak akan seimbang jika tiada pasangan, contohnya kejadian atom, ia tidak akan stabil jika cas negatif tidak disertakan dengan cas positif. Ia saling memerlukan untuk menstabilkannya.

Begitu juga dengan kita sebagai manusia, Allah hadirkan kita di dunia dengan pasangan masing-masing, supaya kita mampu menjadi khalifah di bumi Allah ini. Kehidupan berpasangan mampu membuahkan ketenangan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Ia membuatkan kita lebih bersemangat untuk bekerja dan beramal ibadah kepada Allah. Pasangan yang baik dan dipilih berdasarkan syariat Allah pasti akan membantu kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. 


Namun begitu, kehidupan berpasangan tidak selalunya indah, adakalanya Allah menguji kita dengan pelbagai  perkara supaya kita bersyukur dengan anugerah Allah. Ujian-ujian tersebut adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya kerana Allah menyayangi semua ciptaanNya. 

Dalam hidup berpasangan, masing-masing perlu bekerjasama untuk menjadikan rumahtangga sentiasa aman dan tenteram. Sebagai manusia yang diciptakan Allah, kita tidak mampu untuk mengelakkan pergolakan rumahtangga dan perselisihan faham. Walau bagaimanapun, kita masih diberi peluang untuk mencuba menjadikan rumahtangga kita semakin hari semakin bermakna, dan kasih sayang antara kita semakin utuh. Ini merupakan tips dalam hidup berpasangan. 

Mempraktikkan Ajaran Agama

    Untuk menjadi pasangan yang baik, pegangan agama penting. Jalankan kehidupan seharian mengikut garis yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita dan contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Rasul kita, pasti kehidupan lebih bahagia dan harmoni. Setiap apa yang telah digariskan merupakan cara hidup yang terbaik, insyaAllah. Contohnya setiap hari mengamalkan solat berjemaah bersama pasangan, makan bersama, mandi bersama, dan cuba melakukan kerja bersama-sama, pasti akan mengeratkan lagi keintiman hubungan. Setiap apa yang kita lakukan disertakan dengan doa yang baik. Doa merupakan senjata utama Muslim, dan petanda kebergantungan kita kepada Allah. Allah tidak akan mempersia-siakan doa orang yang memohoin kepadaNya. 

Saling Mempercayai

    Kita perlu mewujudkan rasa saling mempercayai. Kadang-kadang kita sukar untuk mempercayai pasangan kita, lebih-lebih lagi apabila kita pernah merasa sakitnya kecewa. Namun begitu, tidak salah untuk kita mempercayai pasangan kita andai ia mampu membuatkan kehidupan kita lebih sempurna.  Hapuskanlah segala prasangka dan keraguan terhadap pasangan. Wujudkanlah rasa percaya di setiap aspek. Untuk melahirkan rasa percaya, terlebih dahulu setiap pasangan perlu sentiasa bersikap jujur. Kejujuran penting dalam kehidupan kita. Jika kita sentiasa jujur, pasti pasangan kita akan mudah mempercayai.

Saling Memahami

    Setiap pasangan perlu memahami diri pasangan masing-masing. Apa yang tidak digemari, apa yang disukai.. Janganlah kita selalu desak dia melakukan apa yang dia tak suka, contohnya suami tidak suka pergi ke tempat-tempat yang sesak, jadi seboleh-bolehnya kita elakkan. Tetapi si suami perlu faham jugak, tanggungjawabnya sebagai suami, takkan nak membiarkan isteri membeli belah di tempat yang ramai orang seorang diri. Lagipun si isteri bukannya suka-suka, beli untuk keluarga jugak, untuk suami jugak. 

 Bertolak Ansur

    Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat elak berlakunya perselisihan. Kadang-kadang hal yang kecil pun akan menjadi masalah yang besar. Apalah salahnya kalau salah seorang beralah untuk menjernihkan situasi. Jangan terlalu mengikut emosi. Jangan disebabkan hal yang kecil kesannya sehingga bercerai berai. Apalah salahnya kalau kita mengambil inisiatif untuk beralah untuk mengelakkan perselisihan yang berpanjangan.

Kesetiaan

    Kesetiaan amat penting. Janganlah bersikap tidak cukup seorang. Bagaimanapun isteri/ suami kita.. kita perlu menerimanya kerana Allah telah ciptakan dia untuk kita jaga, kita bimbing. Jangan kerana kelemahan yang sedikit menjadi alasan untuk kita mencari pengganti. Adakah kita terlalu baik sehinggakan kita tidak layak untuk dia? Cuba bayangkan andai dia yang meninggalkan kita, adakah kita mampu melaluinya? Letak situasi diri andai ditinggalkan.

Saling Menerima

    Sekali kita dah berkahwin dengan seseorang, itu bermakna kita menerima segala kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Kekurangan kita, pasangan yang akan menyempurnakan. Masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain, kita diciptakan untuk saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna, Masing-masing mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Jangan sesekali merendahkan pasangan kita, jangan selalu mention dan sentiasa menyebut kekurangan diri pasangan. Setiap manusia ada hati, kita tidak pernah diberi pilihan untuk lahir cantik seperti siti nurhaliza, ramping seperti Maya Karin. Terimalah ia seadanya. Kalau sentiasa mengungkit, sudah pasti dia sentiasa dalam keadaan stress dan rendah diri. Bagaimanakah dia mampu untuk melayani anda jika dalam keadaan seperti itu.

Saling Menghormati

    Hormat-menghormati adalah amat penting. Isteri perlu menghormati suami sebagai seorang suami, bukan sebagai kawan atau adik. Dan suami perlu menghormati isteri seperti isteri. Untuk mewujudkan perasaan perasaan saling menghormati, setiap pasangan perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Jangan sesekali tinggalkan tanggungjawab tanpa bersebab. Ia faktor utama hilangnya perasaan hormat. Andai tiada hormat, wujudnya perasaan "memandang rendah" dan bahananya boleh membawa kepada perceraian. 

Komunikasi

    Komunikasi yang berkesan penting dalam sesebuah perhubungan. Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami.  Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi. Komunikasi penting untuk  berkongsi dengan pasangan, berkongsi kegembiraan, kesedihan, dan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Jangan sesekali memendam perasaan. Cuba berbincang jika menghadapi sebarang masalah. Cuba wujudkan suasana yang ceria sewaktu berkomunikasi.  Sebenarnya banyak masalah rumah tangga berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan.  Proses berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas.


---------------------------------------------------------------------------------------

C.I.N.T.A



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM :)

  • Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

  • Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

  • Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

  • Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

  • Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

  • Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

  • Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

  • Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

  • Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mu
    lut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

  • Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

  • Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

  • Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

4 Jenis kawan yang perlu dijauhi !

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM !


N0w-n0w-n0w . hari yang indah ni . nak k0ngsi sikit tips-tips kat k0rang !
* baik pulak aku malam ni * haha . apa pulak . suka hati lah kan . heee ! 
Ianya tentang "kawan" . yaaahhh ! semua berkawan kan ? s0 . pandai-pandai
laa pilih kawan . jangan merana s0rang-s0rang pulak . merana sebab ? yelaaa .
sebab kawan ! kadang-kadang kawan rapat kita sendiri yang boleh menjatuhkan kita .
tak kira lah kawan kat mana-mana pun . Ingat tu 0k !
0k . n0w . apa yang Aina k0ngsi ni . letaklah kat dalam kepala tu . :)


(1) . KAWAN YANG TAMAK 


Kawan yang tamak kat sini . kawan yang time kita senang saja . mintak macam-macam .
bila kita dah susah . dia tinggalkan kita macam tu je . nak menjauhkan diri dari kita 
dan selalu mengungkit-ungkit kebaikan yang pernah dia buat .


(2) KAWAN YANG HIPOKRIT 

Kawan yang macam memang memudaratkan kita . Bila kat depan kita dia puji . dia hormar
kita . bercakap yang baik-baik saja . Bila di belakang . dia kutuk . dia maki hamun . 
macam-macam lah dia cakap . Rahsia dan keburukan kita juga memang dia jaja sampai 
nak satu dunia yang tahu . Kita juga yang malu . Kwan macam ni memang suka tikam belakang 
kawan sendiri .


(3) KAWAN PENGAMPU 

Dia setuju dengan apa saja yang kita buat . tak kira betul atau salah . Dia tidak 
berani nak beritahu kita yang sebenarnya walaupun kita buat salah . Dia juga 
tak pernah nak tegur kita 
walaupun apa yang kita buat tu tak betul sama sekali . Dia tidak jujur
 dengan kita dan apa saja yang kita buat tak diendahkan dan " ada udang disebalik batu " .
( ada motif yang tak kita tahu )


(4) KAWAN YANG SUKA AKAN HIBURAN 

Dia hanya berkawan hanya untuk berseronok . selalu ajak kita pergi konsert la .
pergi club la . lepak laa . daa tempat yang tak ada faedah sama sekali .Dia hanya nak berseronok 
saja . Bila kita ajak pergi masjid ke . majlis ilmu ke . konfirm dia gelak . shiitttt . right ?


# Jangan la kita jadikan kawan jenis ( diatas ) sebagai sahabat baik kita .
yaaahhh ! kat depan semua el0k kan . baik je . kat belakang . ALLAH S.W.T . je yang tahu .
betul tak ? hahahha * ketawa jahat * . sape pernah kena ? haaa ! sape pernah kena tu 
memang kesian lah teerrr ! sebab percayakan sangat kat kawan tu ! 
apa-apa pun . jadikan sebagai pengajaran 0k :)
SEKIAN !!

7 tips putus cinta !



BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM !


hey anak muda ! hahha * ketawa jahat * .
Actually Aina nak k0ngsikan pasal putus cinta . yaahhh !
jarang sangad dah jumpa anak muda ni tak bercinta . umur 9 @ 10 tahun pun dah
menggatal nak kaple ! 0ppps . s0ry m0ry . tapi kecik lagi lah dik nak 
ng0rat-ng0rat masa tu . beul tak ? yaaahhh ! dah lari t0pik . sapa pernah putus
cinta ? w0w ! ramai ! :) n0rmal lah dear putus-putus ni ! 
n0w . Aina ada nak k0ngsi macam mana nak handle bila putus . 
buka mata luas-luas dan baca betul-betul



1. Menangis

Menangislah, dengan tangisan dari hati yang menangis, kerana dari tangisan itu akan mengurangkan rasa sakit, biarlah air mata itu mengalir supaya anda dapat rasa sedikit tenang dari apa rasakan.. Tak salah kalau menangis dan ia adalah digalakan kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia bila seseorang itu bersedih. Tetapi jangan sehingga memudaratkan, kerana percayalah ia baru sedikit garam yang anda rasakan..



2. Berkongsi

Ceritakanlah pada orang yang paling rapat dengan anda, terutama sekali keluarga, dalam apa jua situasi, keluarga anda akan menjadi orang yang pertama dan orang yang akan sentiasa beri sokongan pada anda.. Biar susah atau senang, mereka tetap mendampingi anda. Dengan rakan yang boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia anda, ceritakanlah supaya sedikit sebanyak boleh menjadi satu kesedaran buat diri anda.. :)



3. Bersabar dan redha

Setiap kejadian itu penuh hikmahnya.. Terimalah sekiranya dia bukan milik atau jodoh kamu, insya allah, orang yang baik itu untuk orang yang baik.. Itu janji allah pada hambaNya.



4. Masa

Tipulah jika anda tak teringatkan diri si Dia, sedangkan anda pernah pergi di restoran yang sama, dia pernah datang menjenguk di rumah keluarga anda, pergi bersiar bersama.. Biarlah masa menenangkan diri anda, dan biarlah masa untuk anda melupakan si Dia.. Ambillah seberapa banyak masa untuk tenangkan hati anda..



5. Tunggu 

Antara silap dan salah, pasangan yang putus cinta, mereka sering terlalu gopoh untuk mencari pengganti, dikala hati mereka sedih.. Percayalah ia bukan satu tindakan yang terbaik, kerana dalam pada masa yang sama, pasangan anda mungkin menyesali tindakannya dan ingin kembali pada anda, ini akan membuat anda dalam keadaan lebih tertekan jika anda terpaksa pilih antara dua..



6. Aktiviti

Penuhi masa anda dengan aktiviti yang boleh melupakan anda pada si dia, jangan duduk berseorangan kerana ia akan buat ada teringatkan si dia.. Keluar bersama kawan dan keluarga untuk beriadah..



7. Berdoa

Sentiasa berdoa padaNya, memberi pentunjuk pada diri anda.. dan janganlah terlalu sedih.. Akan ada penggantinya.. percayalah pada Allah.. :)

===========================================================